CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 1, 2009

last part..finally


19dec- Pagi ni kami breakfast nasi goreng. Best2, credit to catering. He3~. Lps breakfast, kami kemas2 n angkat2 barang tuk ke bus yg akan bawa kami ke phnom penh semula. Waktu bersalaman dan ucap slmt tgl kpd tuan rumah, tuan rumah menangis sedih. Die kata, lps kami pergi, rumah tu akan sunyi mcm biase. Mereka tgl berdua saje. Mmg agak sunyi. Kami dtg bt kepoh smp tgh mlm.

Plg terharu, bdk yg plg nakal sekali sepanjang modul handle aktiviti, dtg pagi2 nak ucap slmt jln. Muka dah npk sedih. Kami ambil gbr dgn die dan dgn remaja2 sekolah dan penddk kg seblm naik bus. Penddk kg hantar kami ke kwsn pdg tpt bus menanti kami. Harap mereka akan sentiasa ingt kami. Kami tglkn tanda kenangan dgn mengecat sekolah dan kami lukiskan lambing UIA dan tarikh kami berada di sana sebagai tanda kewujudan kami di Chroy Meantray. Selamat tinggal smua.

Perjanalan 2 jam tuk ke Phnom Penh. Terlelap jugak la dlm bus sbb bgn pg. Tp wkt sampai ke city, kami jaga dan cuci mata tgk pemandangan kat Bandar. Dulu kami smp wkt mlm, jd xnpk sgt keadaan sebnr. Kami melewati beberapa buah university awam. University dekat2 je jaraknye. Klu kat Malaysia mmg bebas pki baju ape pun ke kuliah, tp kat sini kami perhatikan ade pakaian seragam. Mcm kat Thailand juga, ade baju seragam mcm baju sekolah. Ala2, baju student form 6, kain dan sluar hitam dan baju putih. Cop! Klu kawan yg blajar kat u n kolej nak x pki baju seragam blk? He3~

Kami jejakkn kaki ke Embassy of Malaysia. Ade la sesi soal jawab n tkr2 cerita. Xmenarik sgt la tmpat ni. Tapi ade pulak di antara kami mcm berminat nk jadi duta. Aik! Biar btul kawan2 nih. Lps tu, kami pg melawat muzium yg jd penjara dan jd saksi tempat kekejaman Pol Pot. Rase ngeri dan seram sejuk wkt kat muzium tu. Peralatan penyiksaan yg real dan gbr mayat yg pnh ade kat tpt tu buat rase mual. Kesan darah lame pun ade. Gbr2, pakaian mangsa, tengkorak mangsa buat kami rs benci amat kat Pol Pot. Die binatang yg pki topeng manusia. Muka die npk baik tp die dah bunuh bayi2 dgn kejam dan rekrut remaja tuk kepentingan sendiri. Dan bila smp dkt 1 bilik yg pamerkan gbr2 yg diambil oleh pelawat yg ade entity gbr mangsa. Lepas je tgk gbr entity tu, sy trs delete la gbr dlm camera. Seram sejuk pulak rase. Yg girls, smua dah surrender xlarat nak tgk lg muzium tu. Kami mkn kat restoran Malaysia lunch nih. Mknn halal mmg mahal ckit compare dgn Malaysia. Tp tpt tu luar je npk bersih, tp bile tgk dapur rs mual. Kami dah nak keluar isi perut. Ade gak yg dah muntah2. Aduhai, tepaksa thn seblm blk. Kami naik river cruise ptg tu. Selama 1 jam menyusuri Sg Mekong. Luas betul sg ni mcm laut. Ade yg terlentok sbb lama sgt naik river cruise tu. Ptg tu la part yg plg kami suka. Ehem! Terutamanya kaum perempuan nih. Shoping la. Ape lg. Kami trt diberi tips untuk tawar menawar harga brg. Minta seprh harga dr harga yg ditawarkan. Shoping dlm USD ek. Bkn real (matawang Kemboja). Ssh kire pki real sbb nilai mcm rupiah. Dah penat shoping, kami blk ke pejabat mufti. Yg perempuan menginap kat rumah Kak Safiya yg peramah dan baik ati.

20dec-Ari terakhir kat Kemboja, msg2 excited nak balik dan dlm ms yg sama ade rase sedih. Kami dpt naik tut tut. Kenderaan yg boleh naik 6 orang. Motor yg bawa kami. Kami pg shoping lagi pg tu sebelum pg airport. Bile kami semua dah setle beli barang tuk dibawa pulang sbg cenderamata, kami pun blk semula ke pejabat mufti tuk betolak ke airport. Barang2 kat Kemboja mmg murah. Cuma makanan halal yg mhl. Flight kami jadual dlm 4.15pm klu xsilap lah. Lame juga kami bertapa kat airport tu. Airport sgt kecil. Mcm airport kat negeri2 kat Malaysia.

Yeah! Naik flight jugak kami. Menuju ke Malaysia tercinta. Tinggallah Kemboja. Sampai di Malaysia, dah maghrib pun. Bdn pun letih lg. Bus UIA dah siap sedia menunggu kami. Tamat sudah misi kami yg dirancang sepanjang sem 1 2008/2009. Ni lah pengalaman berharga tuk kami bdk2 niche clas. Pengalaman sekali seumur hdp yg pasti kami kenang sbg momen yg best sbg pelajar di UIA. Rase bertuah sbb ade peluang tuk rasa kesusahan org lain di bumi Kemboja. Rase insaf dan syukur sgt2 dilahirkan dan dibesarkn di Malaysia. Tamat.(^-^)

1 comment: